39 PELAJAR IPTA, IPTS TERIMA BANTUAN TPNS

KOTA KINABALU: Seramai 39 pelajar institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), hari ini menerima bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi meringankan perbelanjaan pengajian.

Penyampaian bantuan itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Katanya, sejak 2022, seramai 4,986 pelajar negeri ini menerima bantuan TPNS membabitkan dana sebanyak RM5.86 juta.

Penyampaian bantuan berlangsung di Dewan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) di Wisma Bandaraya, di sini.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar; Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin.

Arifin menyerahkan replika cek bantuan TPNS kepada pelajar di Kota Kinabalu.

Pada majlis sama, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) yang diwakili Ketua Eksekutif, Datuk Tah Nia binti Jaman menerima sumbangan sebanyak RM207,000 bagi dana pelaksanaan Program Khas Persediaan ke Timur Tengah 2024.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diserahkan kali ini sebanyak RM416,775.50.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut