TANJAK MERDEKA DARI ANAK KELANTAN

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini, seorang pembuat busana tradisional di Kota Bharu menghasilkan 67 tanjak dengan motif Jalur Gemilang yang dinamakan ‘Tanjak Merdeka’.

Abdul Hakim Ismail, 29, berkata permintaan dan pemakaian tanjak semakin mendapat sambutan sejak kebelakangan ini, terutamanya sepanjang Bulan Kebangsaan dan semakin ‘meriah’ menjelang 31 Ogos beberapa hari lagi.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-67, saya bercadang menjual Tanjak Merdeka pada harga RM67 setiap satu berbanding harga biasa RM80 untuk memberi peluang lebih ramai memilikinya,” katanya kepada Bernama di Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Abdul Hakim berkata Tanjak Merdeka buatannya begitu fleksibel kerana boleh digayakan kanak-kanak dan orang dewasa, memandangkan saiz ikatan pada bahagian kepala boleh dilaras mengikut kesesuaian si pemakai.

Bagi menghormati Jalur Gemilang, tanjak buatan Abdul Hakim tidak diperbuat menggunakan bendera, sebaliknya mengambil motif warna iaitu merah, kuning, putih dan biru selain penggunaan anak bulan dan bintang.

Sumber: 📸 Mustaqim Khairuddin | @bernamaofficial

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …