DR. MASILLA TERIMA ANUGERAH PERSONALITI CEMERLANG MALAYSIA

DURIAN TUNGGAL – Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Datuk Ts Dr. Massila Kamalrudin menerima Anugerah Personaliti Cemerlang Malaysia (Kepimpinan TVET).

Anugerah itu disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud pada majlis Malaysia Education & TVET Awards (META) 2024 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut kenyataan UTeM, META 2024 adalah pengiktirafan berprestij anjuran Education + TVET Asia Publications bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan cemerlang dalam bidang pendidikan dan TVET di seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

“Kejayaan ini menzahirkan keberhasilan corak daya kepimpinan strategik dan berimpak tinggi Dr. Massila memimpin UTeM dan Malaysia dalam menjulang TVET negara.

“Usaha beliau telah membangunkan Pelan Strategik UTeM 2023-2025 mengandungi lima Teras Strategik yang pertama adalah memperkasa TVET meluncur kerjaya.

“Menerusi kepimpinannya UTeM menempa pelbagai kejayaan dalam konteks pendidikan TVET termasuk lonjakan peningkatan kadar kebolehpasaran graduan UTeM yang menjadi pilihan utama majikan,” katanya.

Kata kenyataan itu, kepimpinannya turut menarik rangkaian industri multinasional meletakkan kepercayaan dan menjadikan UTeM sebagai pilihan utama selaku rakan kolaborasi universiti-industri.

“Ini termasuk lah dalam menjayakan pelbagai agenda TVET, penyelidikan inovasi dan pembangunan sektor perindustrian, penggerak pemerkasaan TVET Malaysia antaranya menjayakan program JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement).

“Kepimpinan Dr. Massila dalam konteks TVET antarabangsa membawa UTeM dan TVET berkongsi kepakaran dan menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi TVET di serata dunia.

“Dr. Massila turut berjaya meletakkan UTeM sebagai arkitek utama peneraju katalis pembangunan pendidikan TVET di negeri Melaka,” katanya.

Dengan penganugerahan di META 2024, Dr. Massila menerima sebuah trofi dan sijil penganugerahan atas kejayaan yang dicapai.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr. Zulkifilie Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Ir Dr. Ghazali Omar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif.

Turut hadir Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kelestarian Global), Prof Madya Mohd Rahimi Yusoff dan Pengarah Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global, Hazman Hasib serta pengurusan tertinggi UTeM.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut