LEBIH BANYAK RUMAH MAMPU MILIK UNTUK RAKYAT MELAKA – KM

JASIN – Kerajaan Negeri berhasrat memastikan bahawa rakyat di negeri ini mendapat faedah daripada dasar dibuat kerajaan untuk menambah rumah mampu milik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, projek berkenaan amat penting dalam membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah.

“Tahniah kepada Parkland Group kerana merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap lapisan masyarakat dapat memiliki kediaman sendiri dengan pembinaan hampir 800 unit Rumah Bahagia dan Rumah Impian B di sini (Bandar Botani Parkland).

“Usaha ini sekali gus membuktikan sokongan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri dengan mendahulukan pembangunan fasa-fasa ini selaras dengan Dasar Perumahan Melaka.

“Terima kasih kepada pemaju perumahan (Parkland Group) dengan kerjasama Scientex yang prihatin terhadap kelestarian masyarakat dalam Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pembukaan Lebuh Jasin Selatan, Jalan Jasin Selatan – Bukit Kajang, Taman Rekreasi (Taman Bandar Parkland) & Medan Selera Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Bandar Botani Parkland di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Pegawai Daerah Jasin, Datuk Rahizi Ranom; Pengarah Parkland Group, Datuk Victor Tan dan lain-lain kenamaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Ab Rauf berkata pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) di Melaka menjadi agenda pembangunan terpenting di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Ia sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan iaitu meringankan bebanan kehidupan rakyat dan menambah pembangunan projek perumahan,” katanya.

Pada majlis itu turut diadakan pelancaran pembukaan Lebuh Jasin Selatan sepanjang 4.17 kilometer yang mana kos pembinaan ditanggung Parkland adalah sebanyak 84.46 peratus, manakala 15.54 peratus lagi ditanggung Scientex.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut