JOM MAIN LAYANG-LAYANG DI TAMAN TASIK METROPOLITAN KEPONG

Di Kuala Lumpur masih banyak destinasi yang boleh dikunjungi membawa keluarga tanpa mengeluarkan belanja besar.

Antaranya, Taman Metropolitan Kepong dengan keluasan 90 hektar menyediakan pelbagai kemudahan riadah dan bersantai terutama bermain layang-layang. Anda sudah tentu akan terpesona dengan pelbagai bentuk dan warna layang-layang yang  menghiasi ruang udara taman tasik tersebut menjadikannya suatu pemandangan yang indah!

Lokasi ini juga mempunyai laluan siar kaki sejauh 3.5 kilometer (km) bagi keselesaan pengunjung untuk melakukan riadah mudah antaranya joging, berjalan pantas, berbasikal dan menggunakan pelbagai permainan beroda.

Anda boleh melakukan aktiviti riadah di sini setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 7 malam. Pembukaan tempat letak kereta bertingkat kepada awam oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur antara inisiatif PBT menggalakkan warga kota bersukan dan beriadah. Waktu operasi adalah dari jam 7:00 pagi hingga 7:00 petang. Ianya percuma mulai 1 Ogos 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

#KLgreen

#CaknaKehijauan

#CaknaWilayahPersekutuan

Gambar :Ihsan daripada FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan http://www.visitkl.gov.my/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …