369 KILOGRAM SERBUK, 16 BOTOL CECAIR KETUM DIRAMPAS DI RANAU

RAMPAS: Cecair dan serbuk ketum yang dirampas dalam serbuan berkenaan.

RANAU:  Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) IPD Ranau berjaya merampas 369 kilogram serbuk ketum serta 16 botol cecair ketum dalam dua serbuan berasingan di daerah ini bermula 10 hingga 11 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mursalin Mahmud berkata, dua lelaki warga tempatan turut ditahan selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti penjualan cecair dan serbuk ketum.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan BSJND IPD Ranau membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bongkud, Jalan Kampung Narawang, di sini 10 Ogos.

“Hasil serbuan berjaya menjumpai satu bekas polistrin berwarna putih yang digunakan untuk menyimpan 16 botol cecair hijau berwarna gelap disyaki air ketum.

“Pemeriksaan di sebelah rumah suspek turut menjumpai 11 guni berwarna hijau, tiga guni berwarna putih dan satu bungkusan plastik berwarna hitam masing-masing mengandungi 369 bungkusan serbuk ketum dengan anggaran berat keseluruhan sebanyak 369 kilogram,” katanya.

Beliau berkata, turut ditahan seorang lelaki berumur 41 tahun yang berada di hadapan rumah kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penjualan cecair dan serbuk ketum.

“Serbuan kedua dibuat pada 11 Ogos di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kaparingan hasil aduan orang awam.

“Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan berjaya merampas satu bekas polistrin berisi beberapa botol air berwarna hijau gelap disyaki air ketum,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, cecair ketum dijual pada harga RM16 sebotol manakala serbuk daun ketum berharga RM100 sebungkus.

“Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

Sebelum ini IPD Ranau juga berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai memproses air ketum dipercayai untuk dijual kepada pembeli di sekitar kawasan menerusi Ops Tapis.

Serbuan terbabit berjaya merampas peralatan untuk memasak air ketum, cecair ketum, daun ketum yang telah diproses serta 23 botol air minuman 1,500 mililiter yang digunakan bagi menyimpan air mengandungi cecair warna gelap disyaki air ketum.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut