APAKAH ITU MIKROPLASTIK DAN KESAN KEPADA MANUSIA

Mikroplastik ialah partikel-partikel plastik yang dijumpai dalam alam sekitar. Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat mengkelaskan jenis plastik ini berdasarkan saiznya yang kurang daripada 5 mm, namun ada juga pertikaian yang dibincangkan mengenai spesifikasi ini. Parikel-partikel ini datang daripada pelbagai sumber, termasuk kosmetikpakaian, dan proses industri.

Mikroplastik datangnya dalam dua kelas: jenis primer hasil penggunaan bahan mentah dan produk oleh manusia, dan jenis sekunder iaitu sisa plastik mikroskopik hasik penguraian puing plastik yang lebih besar. Kedua-dua jenis mikroplastik ini dikenalpasti bersifat tahan lasak dalam alam sekitar pada tahap yang tinggi, terutamanya di ekosistem-ekosistem akuatik dan laut.

Sifat plastik yang tidak mudah mengurai meskipun selepas bertahun-tahun menjadikannya mudah ditelan dan terkumpul dalam badan dan tisu kebanyakan organisma. Keseluruhan kitaran mikroplastik tidaklah begitu diketahui, namun penyelidikan giat dijalankan untuk memahami isu ini.

Saintis dari Vrije Universiteit Amsterdam Belanda melakukan kajian ke atas 22 sukarelawan dan telah menemukan cebisan mikroplastik dalam sampel darah yang diambil.

JENIS-JENIS MIKROPLASTIK

 Mikroplastik primer

Partikel-partikel mikroskopik ini dihasilkan secara sengajanya untuk tujuan tertentu seperti dalam bahan pencuci muka (menggantikan bahan semulajadi terdahulu yang bertujuan sama seperti badam, oat atau pumis) dan kosmetik, malah juga sebagai bahan vektor untuk dadah tertentu. Partikel ini turut digunakan dalam proses pembagasan udara (air blasting) bertujuan membersihkan jentera, enjin dan badan kapal dengan butiran akrilikmelamin atau poliester untuk menanggalkan karat dan lapisan cat, namun ia sering dicemari logam berat seperti kadmiumkromium dan plumbum selepas beberapa kali digunakan.

Mikroplastik sekunder

Mikroplastik jenis ini terhasil daripada penguraian kepingan plastik yang lebih besar melalui banyak unsur fizikal, biologi dan kimia lalu menjadi semakin terhakis. Faktor ini dapat dikenalpasti berdasarkan bentuk partikel yang kelihatan tidak sekata.

Impak yang berkemungkinan

Mikroplastik sering masuk ke dalam tisu haiwan melalui penelanan atau pernafasan, di mana partikel-partikel ini boleh kekal dalam badan organisma selama sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ditinja (berbanding 2 hari pada kadar biasa), namun keadaan ini boleh dijejaskan dengan lebih lanjut lagi apabila partikel terperangkap dalam insang haiwan tertentu. Mikroplastik turut boleh menyerap bahan pencemar kimia yang boleh disebarkan ke dalam tisu badan organisma. Tambahan lagi, haiwan yang bersaiz kecil pula berisiko kekurangan makanan akibat disangka kenyang atau kecederaan fizikal yang lain memakan partikel sebegini. Kesemua aspek ini berkait rapat dengan kesannya kepada manusia yang menjadikan makananan laut sebagai suatu sumber protein yang utama, terutamanya dalam kalangan satu perlima daripada penduduk dunia.

Artikel/Berita Terkini

NAK GUNA LOGO HALAL PALSU?

𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔??​Peniaga dan pemilik syarikat, pastikan logo Halal yang anda gunakan adalah sah dan mendapat perakuan terus …

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di …

KENALI TAHAP INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu indikator yang membantu kita mengetahui tahap kualiti udara di sesuatu kawasan. Setiap tahap …