KHUTBAH JUMAAT NEGERI SEMBILAN INGATKAN UMAT ISLAM HINDARI AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM

Khutbah Jumaat di negeri ini hari ini menyentuh mengenai penularan ajaran sesat Millah Abraham termasuk yang berlaku di Negeri Sembilan. Menerusi teks khutbah bertajuk ‘Kukuhkan Aqidah, Hindari Ajaran Salah’ yang dikongsi melalui portal eKhutbah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), umat Islam diingatkan mengenai sikap tidak mengambil berat soal aqidah, selain mulai meragui keesaan Allah SWT sebagai tuhan yang layak disembah.

Baru-baru ini kita dikejutkan berita penangkapan tiga orang daripada satu keluarga yang disyaki mengamalkan ajaran Millah Abraham. Penangkapan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS ini menyedihkan kita kerana kejadian ini berlaku di negeri kita yang sering menekankan kepentingan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Melalui khutbah sama juga, diperjelaskan mengenai ajaran Millah Abraham yang mendakwa adanya rasul selepas nabi akhir zaman, Muhammad SAW dan menuduh orang yang tidak mengikut ajaran Millah Abraham sebagai melakukan syirik.

Memesongkan maksud hari akhirat, menggabungkan Islam, Kristian dan Yahudi untuk membentuk ajaran yang baharu, mengingkari kewajipan solat lima waktu dan solat Jumaat. Selain itu, membuat tafsiran terhadap kandungan al-Quran serta sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan disebabkan sikap taasub yang melampau.

Tegas khutbah itu lagi, antara faktor umat Islam terseleweng dengan ajaran salah adalah ingin mencapai tahap atau maqam tertentu dalam agama menerusi jalan pintas, kekurangan ilmu dan kesilapan dalam berguru.

Selain itu, tidak cermat dalam menapis maklumat serta menjauhkan diri daripada majlis ilmu yang menampilkan guru-guru agama yang menerima tauliah daripada pihak berkuasa. Menurut fatwa diwartakan 1 Oktober 2020 oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, ajaran Millah Abraham adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. Mana-mana individu atau pihak hendaklah menjauhi ajaran ini dan jika disabitkan kesalahan boleh didakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan ajaran yang meragukan.

Sebenarnya pandangan, peringatan, fatwa dan hukuman bagi pengikut ajaran sesat telah dijelaskan. Akan tetapi, disebabkan sikap masyarakat yang kurang mengambil tahu soal agama menyebabkan ajaran yang menyeleweng masih berlaku di negeri kita.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut