JPJ TAHAN 21 PEMANDU LORI POSITIF DADAH

Seramai 21 pemandu kenderaan perdagangan disahkan positif dadah sepanjang 4 hari operasi bersepadu dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Khamis lalu. YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan berkata dalam operasi tersebut seramai 276 pemandu kenderaan perdagangan menjalani ujian saringan air kencing.

Dalam tempoh 4 hari sahaja, sebanyak 21 pemandu kenderaan perdagangan iaitu pemandu lori dan treler disahkan positif dadah. Jumlah yang diperoleh itu walaupun tidak besar tetapi ia satu statistik yang sangat membimbangkan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya. Tindakan tegas akan diambil dan tiada kompromi kepada mereka.

Dalam operasi berkenaan, JPJ melakukan pemeriksaan sebanyak 42,343 kenderaan perdagangan dan sebanyak 3,725 kenderaan perdagangan telah diambil tindakan. Sebanyak 28 buah kenderaan disita dan 9,088 notis dikeluarkan bagi kenderaan perdagangan.

Mengulas lanjut, YB Anthony Loke berkata, operasi bersepadu melibatkan bas ekspres dan pelancongan selama sebulan bermula 1 Julai lalu, sebanyak 19,456 buah kenderaan diperiksa. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 667 kenderaan telah diambil tindakan dan sebanyak 14 buah disita.

Selain itu, sebanyak 809 notis dikeluarkan dan sejumlah 434 diarah menjalani pemeriksaan. Bagi pemeriksaan kenderaan perdagangan selama empat hari bermula Khamis, jumlah kenderaan yang diperiksa sebanyak 42,343 buah. Daripada jumlah itu, sebanyak 3,725 kenderaan perdagangan telah diambil tindakan. Sebanyak 28 buah kenderaan disita dan 9,088 notis dikeluarkan bagi kenderaan perdagangan.

MOT MAHU PINDA AKTA 333, PASTIKAN HUKUMAN UNTUK PEMANDU POSITIF DADAH

Kementerian Pengangkutan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam tahun ini bagi membolehkan mereka mendakwa dan menghukum pemandu yang positif dadah. YB Anthony Loke berkata, undang-undang sedia ada tidak membolehkan penguatkuasaan dilakukan terhadap golongan pemandu terbabit selagi mereka tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, operasi bersepadu selama 5 hari yang dijalankan sebelum ini mendedahkan kadar penggunaan dadah yang tinggi dalam kalangan pemandu, dengan seorang daripada setiap 13 pemandu yang diperiksa didapati positif dadah. Undang-undang sedia ada ini belum cukup tegas terhadap pemandu yang mengambil dadah, kerana kita hanya boleh mendakwa mereka sekiranya mengakibatkan kemalangan jalan raya. Jika seseorang pemandu itu dikesan jadi penagih dadah tetapi tidak, atau belum ada kemalangan, tidak boleh didakwa hanya boleh digantung lesen sahaja.

Ini perkara yang dirasakan perlu kaji balik. Kita tidak mahu tunggu sampai kemalangan berlaku baru ambil tindakan terhadap pemandu tersebut dan mereka ini perlu disenarai hitam daripada sistem kita termasuk jalan raya.

Terdahulu, MOT dalam satu kenyataan susulan berkata, Ops Khas Bersepadu itu dilaksanakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah-kaedah di bawahnya; Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Perlesenan Kenderaan Pelancongan 1999.

Sumber: Sinar Harian & Laman Motoqar

Artikel/Berita Terkini

26 VAN SEKOLAH TANPA PERMIT DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN

Segelintir pengusaha kenderaan sekolah dikesan menjalankan operasi tanpa permit sah, termasuk mengubah suai van persendirian menjadi van sekolah, sekali gus …
Maklumat Lanjut

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

 Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Tema rasmi #HKHM2025 menzahirkan tekad kerajaan untuk mendahulukan rakyat   Berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan & keadilan  Seimbang …
Maklumat Lanjut

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

DBOOK PENERANGAN | TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=tema-logo-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2025 #DbookPenerangan #HKHM2025 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #TaatSetia …
Maklumat Lanjut