KES PENIPUAN PELABURAN TIDAK WUJUD CECAH KERUGIAN RM405.1 JUTA

  • Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan angka kerugian akibat penipuan pelaburan tidak wujud di negara tahun ini sudah mencecah RM405.1 juta membabitkan 3,293 kes sehingga Julai.
  • Ia sudah melebihi angka kerugian direkodkan pada 2022 iaitu RM217.9 juta membabitkan 3,294 kes, manakala pada 2023 sebanyak 5,554 kes direkodkan dengan kerugian RM475.4 juta.
  • Selangor mencatat jumlah kes tertinggi tahun ini setakat 31 Julai lalu iaitu 709 kes dengan kerugian RM115.5 juta.
  • Jenayah pelaburan yang disiasat oleh PDRM adalah berkaitan penipuan pelaburan tidak wujud dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
  •  Lain pertuduhan boleh dikenakan mengikut Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen kesalahan yang boleh dikenakan ke atas pemilik akaun keldai.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …