#INFOISNIN: SENAMAN BANTU KURANGKAN RISIKO ALZHEIMER

PENYAKIT Alzheimer, iaitu gangguan neurodegeneratif yang meluas dan dikenali kerana menyebabkan hilang daya ingatan dan penurunan kognitif sering kali dikaitkan dengan proses penuaan.

Lazimnya, pesakit Alzheimer akan mengalami sedikit kekeliruan dan sukar untuk mengingati sesuatu perkara.

Kajian pakar pada 2020 mendapati aktiviti senaman boleh membantu memperlahankan dan meningkatkan kualiti kehidupan pesakit berkenaan.

Senaman aerobik, contohnya dipercayai dapat membantu menggalakkan aliran darah yang sihat ke otak dan mengurangkan penumpukan beberapa protein yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer.

Bagi peringkat awal hingga pertengahan

Menurut kajian pada 2020, dalam peringkat awal hingga pertengahan Alzheimer, pesakit boleh lakukan aktiviti aerobik seperti berjalan cepat, berenang dan latihan ringan kekuatan boleh memberi manfaat.

Senaman itu dapat membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular, keanjalan dan kekuatan otot tanpa menyebabkan tekanan atau ketidakselesaan yang berlebihan.

Bagi peringkat akhir Alzheimer

Gabungan senaman yang merangkumi senaman aerobik, kekuatan, keseimbangan, dan koordinasi juga boleh memberi manfaat untuk pesakit peringkat akhir Alzheimer.

Pakar kesihatan juga mengesyorkan supaya mereka duduk tanpa sokongan selama beberapa minit setiap hari untuk menguatkan postur dan berbaring rata di atas katil untuk membantu meregang.

Bagaimanapun, sebarang aktiviti dilakukan perlulah mendapatkan nasihat pakar kesihatan anda sebelum memulakan senaman untuk memastikan keselamatan dan keselesaan.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …