TAMAN ECO RIMBA

Meneroka Hutan Eco Rimba di tengah-tengah

‘hutan batu”!!.Menarik kan?

Taman Eco Rimba atau lebih dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nanas merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia!!

Keunikan hutan lipur ini ialah kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tarikan utama di taman ini ialah canopy walk -way sepanjang 200 meter dan 18 meter tinggi. Mata anda akan disajikan dengan pemandangan yang mengagumkan!

Ada banyak denai/trail di sini. Ada denai yang masuk celah-celah pokok hutan. Ada yang denai yang elok bersimen dan bertangga. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti am dan yang paling akan membuatkan anda teruja ialah masuk adalah PERCUMA!

 

Apa lagi, jom bawa keluarga meneroka keindahan alam semulajadi di Kuala Lumpur!

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …