KEJAYAAN OPS TOKSIK DAPAT PUJIAN RAMAI – AMINUDDIN

Kerajaan negeri tegas dalam menangani sebarang isu berkaitan keselamatan seperti pendatang asing tanpa izin (PATI), pencemaran alam sekitar, pencerobohan tanah dan kecurian sumber mineral di negeri ini. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan dan amat menghargai agensi penguat kuasa negeri yang terbabit dalam beberapa siri operasi yang dijalankan sejak Januari lalu.

Ops Toksik yang membabitkan aktiviti membanteras kegiatan mencemar alam sekitar yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat dilaksanakan agensi penguat kuasa negeri pada Mei lalu antara operasi yang paling mendapat perhatian orang ramai. Operasi Toksik ini adalah operasi bersepadu dengan kerjasama dari berbagai agensi bagi membanteras jenayah yang membabitkan pendatang tanpa izin, pencemaran, pencerobohan tanah dan kecurian sumber mineral.

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada semua pegawai atau anggota agensi penguatkuasaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penugasan operasi bersepadu berkenaan yang menyaksikan operasi itu tular di media sosial dan mendapat pujian orang ramai. Kerajaan negeri sentiasa meneliti laporan yang disampaikan dan memberi sokongan penuh bagi segala bentuk tindakan yang dicadangkan agensi penguat kuasa.

Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu membabitkan kepentingan dan keselamatan rakyat negeri ini. Hal ini kerana aktiviti sebegini tidak sepatutnya berlaku dan saya harap agar isu seperti ini dapat dibendung dan mereka yang ditangkap dikenakan hukuman yang setimpal. Beliau juga tidak akan teragak-agak untuk memecat mana-mana penguat kuasa yang turut berkompromi sebagaimana langkah yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memecat mana-mana menteri yang didapati menyalahgunakan kuasa.  Beliau juga berharap kepada semua agensi penguatkuasaan negeri agar sentiasa berdiri teguh dengan prinsip integriti sepanjang melaksanakan tugas.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung. Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.  Hapuskan tempat pembiakan Aedes …

NAK GUNA LOGO HALAL PALSU?

𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔??​Peniaga dan pemilik syarikat, pastikan logo Halal yang anda gunakan adalah sah dan mendapat perakuan terus …

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di …