LEBIH 1,000 RUMAH SETINGGAN DIROBOH DI SABAH SEJAK JANUARI

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,332 rumah koloni setinggan yang dibina di tanah milik Kerajaan Negeri di seluruh Sabah dirobohkan dalam tempoh 1 Januari 2024 sehingga semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata, bagi tempoh sama, pihaknya juga sudah mengedarkan 3,452 notis perobohan di kawasan setinggan yang sudah dikenal pasti di negeri ini.

Katanya, buat masa ini terdapat 63 peratus rumah koloni setinggan yang belum dirobohkan dan sekiranya operasi perobohan dilaksanakan di semua kawasan yang dikenal pasti akan mencatat lebih 3,500 rumah koloni setinggan bakal diroboh sehingga penghujung Julai atau Ogos.

“Lima daerah termasuk Keningau, Sipitang, Beluran, Papar dan Tenom sedang dalam proses mengedarkan notis dan operasi perobohan akan dilaksanakan sebaik fasa ini diselesaikan.

“Kita akan melaksanakan operasi perobohan sehingga benar-benar mencapai matlamat membasmi koloni setinggan di Sabah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Jauteh berkata, operasi merobohkan struktur rumah di kawasan koloni setinggan dijalankan mengikut prosedur serta undang-undang yang mana notis perobohan akan diberikan kepada penghuni terlebih dahulu.

Datuk Jauteh Dikun (tengah) ketik sidang media di IPK Sabah, Kota Kinabalu.

“Notis pertama diberi dalam tempoh 14 hari sebelum pihak polis akan memberikan notis kedua untuk tempoh dua minggu lagi bagi membolehkan penghuni bersedia dan berpindah sebelum tindakan merobohkan struktur rumah di kawasan ini dijalankan.

“Setakat ini Kota Kinabalu mencatatkan jumlah paling banyak struktur dirobohkan iaitu 200 buah diikuti 160 rumah koloni setinggan di Kota Marudu manakala 138 di Semporna,” katanya.

Jauteh berkata, operasi merobohkan struktur rumah di kawasan koloni setinggan ini memberi manfaat dan menyelesaikan pelbagai isu.

“Operasi ini dapat menyelesaikan isu pencerobohan di kawasan tanah milik kerajaan ataupun persendirian dan mengurangkan kadar jenayah di kawasan ini berikutan isu jenayah dikesan berlaku pada kadar yang tinggi di kawasan setinggan.

“Kita juga dapat mengurangkan kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan ini seterusnya membasmi kawasan persembunyian penjenayah terutama jenayah rentas sempadan bagi koloni setinggan di kawasan perairan negara.

“Pada masa sama, kita juga akan menyelesaikan masalah kecurian bekalan air dan elektrik yang banyak dikesan di kawasan setinggan selain memastikan kebersihan di Sabah sentiasa terjamin kerana sampah sarap yang dibuang merata-rata selalunya dikesan di kawasan koloni setinggan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan memastikan isu mendirikan semula struktur haram ini di kawasan operasi tidak akan berlaku berikutan pihaknya menasihatkan agensi atau pemilik tanah meletakkan notis atau penghadang bagi memastikan kawasan terbabit tidak akan diceroboh semula.

Pada masa sama katanya, pihak polis akan memantau keselamatan di kawasan terbabit dan mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan akan dikenakan tindakan tegas termasuk undang-undang sedia akan berkenaan pencerobohan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut