WORK LIFE BALANCE DI MALAYSIA KEDUA TERBURUK DUNIA

Berdasarkan kepada petikan akhbar pada 28 Jun 2024, Malaysia berada di kedudukan ke-2 terburuk di dunia berkaitan keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) daripada 60 negara. Menerusi kajian terkini sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global, Remote mendedahkan Malaysia menjadi negara Asia yang terburuk dalam indeks tersebut.

Kajian Remote itu menganalisis data yang dikumpul pada Mac 2023 dengan mengambil kira beberapa faktor berkaitan tempat kerja seperti bilangan hari cuti tahunan berkanun, bayaran sakit berkanun minimum, bilangan hari cuti bersalin berkanun, peratusan gaji untuk cuti bersalin berkanun, gaji minimum, penjagaan kesihatan, indeks kebahagiaan, purata waktu kerja mingguan dan hubungan sejenis.

Berdasarkan analisis data itu, Malaysia memperoleh 27.51 markah daripada 100 dan mencatatkan purata kerja mingguan 40.8 jam berserta gaji minimum ASD1.07 (kira-kira RM5.04) sejam.

Malaysia turut berkongsi gelaran negara yang paling banyak bekerja bersama Mexico dan Nigeria. Menurut Remote, pekerja di Mexico, Malaysia dan Nigeria adalah yang paling banyak bekerja, masing-masing menghabiskan lebih 40 jam secara purata setiap minggu, termasuk pekerja sepenuh masa dan sambilan.

Sementara itu, negara yang mendominasi 5 tempat teratas dalam senarai tersebut ialah New Zealand, Sepanyol, Perancis, Australia dan Denmark manakala tiga negara Asia teratas ialah Taiwan (tempat ke-16), Singapura (tempat ke-19) dan Korea Selatan (tempat ke-32).

Sumber: https://www.sinarharian.com.my

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …