π—•π—˜π—‘π—šπ—žπ—˜π—Ÿ π—£π—˜π—‘π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§π—”π—‘ 𝗣π—₯π—˜π—¦π—§π—”π—¦π—œ & π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—œπ—§π—œ π—§π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—£π—”π—‘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Perasmian Bengkel Peningkatan Prestasi & Kualiti Tangkapan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) disempurnakan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah bin Hj Ahmad di Kafeteria IPK Pulau Pinang.
Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ini telah disertai oleh 50 orang Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dari JSJN Kontinjen Pulau Pinang. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi serta kualiti dalam menangkap penjenayah dalam memastikan setiap langkah yang diambil mematuhi prosedur undang-undang yang sah.
Bengkel ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan JSJN dalam usaha memperkukuhkan kemampuan dan profesionalisme pasukan polis dalam menangani jenayah narkotik yang semakin mencabar.
Sumber : PDRM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/PolisPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …