PASANGAN KEKASIH EDAR DADAH DITAHAN

Polis berjaya menahan kekasih dipercayai pengedar dadah dalam serbuan Op Tapis di sebuah pangsapuri di Nilai, pada jam 10 malam, pada Rabu lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, suspek merupakan bukan warganegara berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan bersama 794.65 gram dadah jenis ketamin bernilai RM83,930.

Kedua-dua suspek dapati positif dadah jenis ketamin. Turut disita sebuah kereta Honda Accord bernilai lebih kurang RM40,000, wang tunai RM80,000, wang tunai Yuen 40,000, dua utas jam tangan jenama Rolex bernilai RM190,000. Keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM433,930. Kedua-dua suspek ditahan reman bermula 27 Jun lalu sehingga 4 Julai ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …