TREN CHILDFREE; IMPAK TERHADAP KESELAMATAN NEGARA

Konsep ‘Childfree’ dikesan semakin meluas dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya bagi pasangan muda suami isteri yang baru berkahwin. Menurut Islam, terdapat keadaan yang membenarkan pasangan untuk tidak mempunyai anak atas faktor kemudaratan dan kemaslahatan yang membahayakan kesihatan dan terdapat keadaan yang mengharamkan pilihan childfree ini.

Melihat dari perspektif yang lebih luas, konsep childfree di Malaysia berpotensi mengundang implikasi terhadap keselamatan negara secara langsung mahupun tidak langsung. Hal ini perlu diberi perhatian dan diperjelaskan sebaiknya agar penerimaan kepada konsep ini tidak sehingga menggugat keselamatan negara.

Dengan jangkaan Malaysia menjadi negara tua menjelang 2043, iaitu 14 peratus daripada penduduknya terdiri daripada populasi 65 tahun ke atas, konsep childfree yang cuba diterapkan di kalangan pasangan berkahwin akan menambah beban kepada keadaan ini. Dengan penurunan kadar kelahiran baru, negara akan berhadapan dengan situasi kekurangan tenaga kerja muda dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang khususnya dalam sektor kritikal seperti pertahanan, kepolisan mahupun keselamatan awam.

Populasi yang menua turut menyumbang kepada peningkatan perkhidmatan kesihatan dan sosial yang akan meletakkan tekanan tambahan ke atas sumber daya negara. Situasi tidak stabil ini berpotensi mewujudkan krisis yang tidak perlu akibat daripada keperluan kerajaan untuk memfokuskan kepada kumpulan masyarakat tua yang semakin kurang menyumbang dalam produktiviti negara.

Selanjutnya, penurunan populasi muda akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara akibat daripada jumlah pekerja aktif yang semakin berkurang. Pusingan ekonomi yang tertumpu kepada kelompok umur masyarakat tertentu sahaja tidak akan mampu menjana ekonomi yang lebih berdaya saing dan mapan. Hasilnya, ekonomi yang lemah akan menyumbang kepada ketidakmampuan negara bagi meneroka bidang teknologi baru dan infrastruktur moden yang boleh memacu pembangunan negara.

Konsep childfree juga mampu mengakibatkan ketidakseimbangan demografi masyarakat. Andaikan terdapat satu etnik atau kumpulan masyarakat yang menggunapakai konsep childfree ini dengan bersungguh-sungguh, pastilah di masa hadapan, etnik ini akan menghadapi masalah survival dan ketinggalan di dalam masyarakat kesan daripada jumlah populasinya yang menurun. Hal ini secara langsung akan menyebabkan ketegangan antara kumpulan etnik atau kelas sosial yang berbeza yang akhirnya membawa kepada konflik dan krisis di dalam negara.

Agama tidak menghalang untuk mana-mana pasangan memilih tidak mempunyai anak. Walau bagaimanapun, selain tanggungjawab seseorang individu kepada dirinya sendiri, ia juga harus mula belajar memikirkan kesan dan akibat tindakan yang dilakukannya sekarang kepada negara di masa hadapan.

Negara ini harus diwariskan dengan sempurna kepada generasi yang seterusnya.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut