SEKRETARIAT SMJ, UMS METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA BIDANG EKONOMI BIRU

KOTA KINABALU (27 Jun): Sekretariat Sabah Maju Jaya serta Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Maritim, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini.

UMS diwakili Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor manakala Sekretariat Sabah Maju Jaya diwakili oleh Ketua Pegawai Penyelarasnya, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai. Majlis MoU ini turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.

Antara tujuan MoU ini adalah untuk memperkukuh kerjasama institusi dalam bidang ekonomi biru dan maritim sekali gus meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negeri ini.

“MoU ini juga akan memastikan pemindahan ilmu dan teknologi terkini dapat dipratikkan selain menggalakkan penyediaan data berkualiti untuk pembuatan dasar. Selain itu juga MoU ini akan menyokong agenda pembangunan negeri Sabah, serta menarik pelaburan dalam bidang ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …