CUBAAN SELUDUP KELUAR 1,150 LITER PETROL GAGAL

SANDAKAN (26 Jun): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan mematahkan cubaan menyeludup keluar sebanyak 1,150 liter minyak petrol di perairan daerah ini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussin berkata, bot peronda APMM yang sedang dalam operasi mengesan sebuah bot pancung dalalm keadaan mencurigakan sedang menuju ke Pulau Taganak, Filipina, kira-kira jam 6 petang.

Katanya, melihat situasi itu, pasukan operasi mengarahkan bot suspek berhenti menggunakan siren dan pembesar suara untuk tujuan pemeriksaan.

“Bagaimanapun bot berkenaan berpatah balik menuju ke Pulau Berhala, di sini dan memecut laju menuju ke perairan cetek berhampiran daratan untuk melarikan diri. Hasil pemeriksaan awal, bot dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu telah didaftarkan atas lesen perikanan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan menemui sebanyak 46 tong disyaki berisi 1,150 liter minyak petrol tanpa permit yang sah.

“Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot berkenaan dianggarkan berjumlah lebih RM16,000. Semua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut