Program bertujuan untuk memantapkan lagi gerak kerja jabatan bagi penggal seterusnya di samping melihat kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), CP Datoโ Baharuddin Haji Ahmad telah sudi melapangkan masa untuk hadir merasmikan bengkel yang bertempat di Sedim Riverside Resort. Bercakap semasa ucapan perasmian, beliau mengingatkan kepada warga kerja MKN Kedah supaya sentiasa meningkatkan produktiviti dan sumbangan kepada jabatan supaya keselamatan negara kekal terpelihara.
Tambah beliau lagi, kemesraan dan kerjasama yang baik sesama warga kerja juga perlu dibentuk supaya keharmonian semasa bekerja dapat dipupuk. Hal ini kerana persekitaran yang positif di pejabat juga mempengaruhi produktiviti dan gerak kerja yang mantap selain beliau turut mencabar kesemua peserta yang hadir untuk melakukan perubahan dalam gerak kerja masing-masing khususnya melibatkan perkongsian dan pencarian maklumat berkait isu keselamatan di negeri.


Hadir sama di dalam bengkel ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Zuraini Mohd Yusof dan Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Bakhtiar Effendy Khalid.
