PEMANDU MAUT LORI TERJUNAM DALAM LUBANG JALAN MENDAP

KUANTAN: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu terbabas dan terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, malam tadi.

Muhammad Farhan Dagang, 29, dari Masai, Johor, yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas kira-kira jam 8.55 malam itu

Ketua Polis Kuantan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin dalam satu kenyataan hari ini, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah lori jenis Hino yang membawa alat jana kuasa.

“Siasatan awal mendapati lori dipandu mangsa dari arah Segamat menghala ke Pekan. Tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar penghadang plastik sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap.

“Mangsa dipercayai tidak menyedari lencongan jambatan sementara di lokasi kejadian. Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dihantar ke lokasi selepas menerima maklumat kemalangan.

“Setiba di tempat kejadian, sebuah lori didapati terjunam yang menyebabkan pemandunya tersepit dalam kenderaan itu. Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …