SABAH HANTAR KONTINJEN TERKUAT KE SUKMA XXI SARAWAK – HAJIJI

KOTA KINABALU: Sabah akan menghantar kontinjen terkuat bagi menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak pada Ogos dan September depan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak di pejabatnya, di Menara Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, kontinjen Sabah akan memberi saingan hebat kepada negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak sepanjang temasya sukan itu nanti.

“Saya yakin penganjuran SUKMA kali ini akan berjalan dengan baik kerana Sarawak boleh melakukan yang terbaik,” katanya.

Kunjungan hormat itu diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Selain memberi taklimat persiapan Sarawak, Abdul Karim turut menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Hajiji untuk menghadiri majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak nanti.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, persiapan SUKMA XXI Sarawak yang hanya tinggal 58 hari lagi sudah cukup teratur.

Katanya, penganjuran acara sukan yang dipertandingkan pada SUKMA kali ini akan diadakan di sembilan bahagian negeri itu.

“Sabah adalah negeri terakhir yang dikunjungi oleh Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI selepas mengunjungi semua negeri termasuk Negara Brunei Darussalam,” katanya.

Rombongan Abdul Karim turut disertai Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menterinya, Datuk Rosey Yunus.

Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Ker; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Felicia Tan; Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Semawi Mohamad.

Hadir sama di pihak Sabah pula ialah Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Datuk Mansur Asun.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …