CUBAAN SELUDUP MINUMAN KERAS DARI LABUAN GAGAL

LABUAN: Cubaan seorang lelaki menyeludup keluar pelbagai minuman keras dari tanah besar Labuan gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM), semalam.

Suspek berusia 64 tahun ditahan PPM Labuan di Jalan Kampung Tepi Laut Sikalong, Menumbok, bersama kenderaan dengan muatan pelbagai minuman keras bernilai RM132,053.84.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 3 petang, PPM Labuan menghampiri sebuah kenderaan jenis Isuzu D Max.

Katanya, seorang lelaki sedang memunggah barangan berbungkus plastik hitam masuk ke dalam kenderaan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dalam plastik hitan itu sejumlah minuman keras sebanyak 75 karton yang disyaki diseludup keluar dari Labuan.

“Pemandu kenderaan ditahan dan minuman keras dirampas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

“Kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan lanjut,” katany

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …