PENDUDUK BABAGON BAKAL NIKMATI JAMBATAN KONKRIT RM16.8 JUTA

PENAMPANG: Lebih 5,000 penduduk Kampung Babagon, di sini, bakal menikmati kemudahan perhubungan yang lebih baik dengan siapnya sebuah jambatan konkrit baharu bernilai RM16.8 juta.

Majlis pecah tanah pembinaan jambatan merentasi Sungai Moyog sepanjang kira-kira 90 meter itu disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang, berkata projek itu yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, dijadual siap dalam tempoh 24 bulan.

Katanya, jambatan itu adalah kemudahan yang sudah lama dinantikan penduduk Mukim Babagon bagi memudahkan mereka memasarkan hasil pertanian.

 

Ewon menyempurnakan pecah tanah jambatan baharu Kampung Babagon bernilai RM16.8 juta.

“Sebelum ini hanya satu laluan keluar penduduk kampung iaitu low level crossing di Babagon tetapi ia sukar dilalui apabila hujan lebat atau banjir kerana air sungai deras.

“Pada hari ini, apabila siapnya jambatan ini nanti dalam tempoh dua tahun, ia akan menjadi laluan utama masyarakat kampung.

“Ini adalah satu sumbangan kerajaan kepada rakyat dan saya berharap kemudahan ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk kampung terutama

berkaitan pencarian pendapatan ekonomi masyarakat, pendidikan dan juga pekerjaan,” katanya

Selain pembinaan jambatan, Ewon turut merasmikan Stesen Perikanan Babagon, Kampung Timpangoh – Kampung Lotong.

Ewon berkata, selain itu, kementeriannya juga menyalurkan peruntukan berskala kecil untuk menaik taraf Tamu Babagon dengan kos RM300,000 dan pembinaan sebuah bangunan Sunday School untuk gereja di kawasan berkenaan membabitkan kos RM200,000 daripada peruntukan Ahli Parlimen Penampang.

Jelasnya, di samping projek pembangunan berskala kecil dan besar, beliau juga membangunkan Pelan Pembangunan Penampang yang mencakupi semua isu, cabaran dan keperluan serta cadangan pembangunan daerah Penampang termasuk yang berskala besar.

“Ini akan menjadi tanggungjawab saya untuk mendapatkan komitmen daripada menteri-menteri dan kementerian-kementerian lain yang berkaitan di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah supaya Pelan Pembangunan ini dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13),” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut