77 PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI – MAIM

Ayer Keroh 6 Jun – Sebanyak 77 pengislaman telah direkodkan di Negeri Melaka untuk separuh pertama tahun ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad berkata, jumlah itu direkodkan dalam tempoh Januari hingga Mei 2024.

Beliau berkata, bagi memastikan saudara baharu ini tidak terabai atau hilang arah, Bahagian Balai Islam MAIM telah menyediakan Kelas Bimbingan Mualaf Fardhu Ain dan Al-Quran di seluruh Negeri Melaka.

“Setakat ini, terdapat 21 kelas bimbingan mualaf disediakan yang dihadiri seramai 480 saudara baharu di negeri ini.

“Saya percaya usaha dan tanggungjawab menuntut ilmu ini bukan sahaja perlu dititik beratkan kepada saudara baru yang ingin mengenali Islam tetapi juga dalah satu perkara yang dituntut kepada seluruh umat Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Mualaf Negeri Melaka Siri I Tahun 2024M, di Villa Istana, baru-baru ini.

Menurut Shaifulfazlee, sejak 2010 hingga Mei tahun ini, seramai 2,712 pengislaman telah direkodkan di Negeri Melaka.

Jelasnya, MAIM turut memperuntukkan lebih RM14,000 untuk memperkasa kebajikan mualaf di negeri ini, di mana peruntukan itu disalurkan kepada Bahagian Balai Islam bagi program pembangunan dan bantuan sumbangan kepada saudara baru.

“Terdapat pelbagai skim Bantuan Asnaf Mualaf yang disediakan kepada saudara baru di Melaka antaranya Bantuan Makanan Bulanan, Bantuan Persediaan Ramadan, Bantuan Tunai dan Saguhati Memeluk Islam.

“Hal ini menunjukkan bahawa MAIM amat menitik berat dan menjaga kebajikan serta kesejahteraan saudara baru di Melaka,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …