7 KENDERAAN ROSAK DIHEMPAP POKOK TUMBANG DI KINRARA

SERDANG: Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat di Taman Kinrara di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.24 petang.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dengan kekuatan sembilan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap tujuh kenderaan yang di parkir di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba, membantu dalam operasi memotong dan mengalihkan pokok.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …