DBKK LAKSANA PEMERIKSAAN BERJADUAL KE ATAS POKOK DIBAWAH SELIAAN

KOTA KINABALU (19 Mei): Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa melaksanakan pemeriksaan ke atas pokok-pokok yang terdapat di sekitar bandaraya menerusi program berjadual yang dilaksanakan pada setiap bulan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, ia termasuk pemeriksaan pokok matang bagi mengelakkan berlaku kejadian pokok tumbang yang boleh memberi kesan bahaya kepada orang ramai.

“Kita memang mempunyai program berjadual untuk memeriksa pokok-pokok matang sekitar bandaraya dan sehingga kini sebanyak 18,756 pokok berada dibawah jagaan DBKK.

“Berdasarkan rekod kita pada dua hari terakhir, terdapat 15 kejadian pokok tumbang akibat tiupan angin.  Hari ini (semalam) ada dua kejadian dan semalam (kelmarin) ada 13 kejadian.  Kita bersama agensi berkaitan telah bekerjasama bagi memastikan keselamatan pengguna terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Pesta Kaamatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di sini semalam. Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Sabin berkata, tindakan memotong dahan mahupun pokok berbahaya kepada orang ramai juga giat dilaksanakan. Katanya, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang tuntutan kerugian selain tidak ada berlaku sebarang kemalangan berkaitan pokok tumbang sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …