DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal.
Penguatkuasaan ini diadakan bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010. ( Akta 715 ) serta memastikan kenderaan barangan selamat digunakan.
Sebanyak 9 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(1) (b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959, lain-lain kesalahan dikesan tiada lesen memandu, tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL ), Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tidak tutup muatan, memandu dilorong kanan berterusan, guna telefon bimbit semasa memandu serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran, cermin gelap, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang