MARITIM TAWAU TAHAN DUA JURAGAN BOT DISYAKI EJEN PATI, BAWA BARANG KAWALAN TANPA PERMIT

TAWAU (16 Mei): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan seorang juragan bot disyaki ejen penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) di perairan Sungai Serudung sekitar jam 1.40 petang, pada Rabu.

 

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, suspek yang membawa bot kayu itu ditahan di kedudukan 6.7 batu nautika barat daya Muara Tanjung Doris kerana pergerakan mencurigakan dari Perairan Sungai Serudung menuju ke Sungai Kalabakan.

 

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit suspek mengesyaki lelaki itu merupakan ejen penyeludupan Pati di kawasan pedalaman berdasarkan pada maklumat perbualan yang terkandung dalam peti pesanan telefon bimbitnya.

 

Pihaknya turut menahan seorang juragan lelaki warga tempatan, 28, yang disyaki memuatkan barang kawalan tanpa permit dalam bot penumpang di kedudukan 0.6 batu nautika tenggara Jeti CIQ Tawau sekitar jam 3.45 petang hari yang sama.

 

 

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …