TIGA TERMASUK WANITA KEMUKA DOKUMEN PALSU KEPADA JPN DITAHAN

SANDAKAN: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini, Jumaat lalu.

Wanita ditahan selepas disyaki mengemukakan maklumat palsu kepada JPN Sandakan. – Foto/JPN

“Risikan dan siasatan lanjut yang dijalankan oleh oleh Pegawai Penguatkuasa JPN mendapati wanita terbabit bukan ibu kandung kepada kedua-dua lelaki berkenaan.

“Ketiga-tiga individu terbabit ditahan pada 10 Mei lalu ketika hadir memberikan keterangan di JPN Daerah Sandakan,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga individu terbabit akan dituduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25 (1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (2007).

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“JPN tidak akan berkrompomi dengan salah laku yang melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan negara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X Sabah

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …