PAHANG PANTAU AJARAN SESAT ‘AHMADI AGAMA KEAMANAN DAN CAHAYA’

KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bekerjasama dengan jabatan agama Islam seluruh negara serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau ajaran ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata hasil pemantauan itu akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Syariah bagi tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, fahaman ajaran itu dipercayai diketuai seorang individu mengaku dirinya sebagai Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq, manakala pendeta mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Amaluddin.

“Ajaran ini menyeru orang ramai turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin Imam Mahdi yang didakwa muncul masa kini, mereka mempercayai penjelmaan semula, juga mempercayai utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW,” katanya menerusi catatannya di Facebook.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah menyekat laman sesawang dan menurunkan lima kandungan media sosial berkaitan ajaran sesat itu selain turut menjalin kerjasama strategik bersama JAKIM, jabatan agama negeri-negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang ajaran itu daripada terus berleluasa.

sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut