103 PROJEK BEKALAN AIR SIAP DI PAHANG

KUANTAN: Sebanyak 103 projek membabitkan peruntukan RM121.2 juta berjaya disiapkan melalui Projek Pembangunan Bekalan Air Pahang dalam usaha memberikan mutu perkhidmatan bekalan air terbaik kepada pengguna di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pada masa sama, kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mempunyai 32 projek yang masih dalam peringkat pelaksanaan.

Katanya, setakat ini, Surat Setuju Terima (SST) sudah diserahkan kepada kontraktor yang dilantik dengan nilai keseluruhan projek berjumlah RM461 juta.

“Selain itu, projek yang masih belum dilaksanakan sedang giat di peringkat pra pembinaan.

“Kerja-kerja ini termasuk merancang, juru perunding dan mendapatkan kelulusan pelbagai peringkat sama ada pengurusan perolehan atau kelulusan perancangan projek,” katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy menjawab soalan Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (BN- Inderapura) yang ingin tahu kedudukan semasa kewangan PAIP dalam menampung keperluan pembangunan dan naik taraf bekalan air di negeri itu.

Wan Rosdy berkata, sejumlah 82 projek sedang dalam peringkat prapembinaan membabitkan komitmen kewangan berjumlah RM1.91 bilion sejajar dengan hasrat kerajaan negeri merealisasikan pengurangan masalah bekalan air kepada 90 peratus pada 2026.

Katanya, kerajaan negeri sedaya upaya membantu PAIP menjadi sebuah syarikat yang mempunyai tadbir urus baikdan mempunyai kewangan yang kukuh.

Beliau berkata, adalah penting untuk memberikan perkhidmatan bekalan air yang baik kepada pengguna.

“Kewangan PAIP menunjukkan satu peningkatan yang ketara. Buat pertama kali dalam sejarah pengkorporatan, PAIP berjaya mencatat keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 2023.

“Usaha ini bukan datang secara sekelip mata, ia sudah pasti hasil saban tahun menerusi tadbir urus yang baik dan penambahbaikan berterusan dari semasa ke semasa,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN (8 MEI 2024)

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut