KOMITMEN 9 FOKUS LANDSKAP BAHARU PENDIDIKAN SABAH

SANDAKAN (9 Mei): Jabatan Pendidikan Negeri Sabah terus memberi komitmen dalam mencapai sembilan fokus Landskap Baharu Pendidikan Negeri Sabah.

Sembilan landskap itu melibatkan penyampaian akademik berkualiti, akses pendidikan berkualiti, murid cintakan ilmu, generasi fasih digital, sifar ketidakakuran dalam pentaksiran dan peperiksaan, warga pendidikan yang berkualiti, integriti, inovasi dan berdaya saing, memperkasakan kesejahteraan warga pendidikan, pengurusan kewangan dan perancangan infrastruktur pembangunan dan perolehan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, berkata, ia penting dalam memastikan kemenjadian murid selepas mereka selesai mendapatkan pendidikan selama 11 tahun di peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Landskap Baharu Pendidikan Negeri Sabah ini juga berhasrat membawa perubahan yang besar dalam pencapaian pelbagai bidang di negeri ini.

“Oleh itu, semua warga pendidik di negeri ini perlu terus memainkan peranan penting dalam memastikan ia tercapai,” tambahnya.

Ini termasuk memastikan kualiti pengajaran di sekolah dan apa sahaja keperluan serta penyelenggaraan turut dapat dijalankan dengan sebaiknya.

“Selain itu, akademik dan fokus mencapai gred purata sekolah dalam Sijil Pelajaran Malaysia 4.99 berbanding 5.00 juga menjadi keutamaan dalam landskap ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menghadiri Program Jelajah Madani Landskap Baharu Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2024 Peringkat Zon 2 (Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Telupid/Tongod) di Dewan SJK (C) Chi Hwa, Sandakan, baru-baru ini.

 

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut