Majlis Pelancaran ‘Handwashing Kiosk’

Wakil-wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia, MERCY Malaysia dan Kumpulan Maybank yang turut hadir.

IPOH, 18 Ogos 2020 – DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim telah berkenan untuk berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Projek Kiosk Mencuci Tangan (Handwashing Kiosk) Untuk Sekolah-Sekolah Terpilih Di Malaysia yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh, Perak.  Majlis itu turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia, MERCY Malaysia dan Kumpulan Maybank.

Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus, Presiden MERCY Malaysia dalam ucapan beliau menerangkan bahawa projek ‘kiosk mencuci tangan’ ini adalah bertujuan untuk:

i) Mengurangkan risiko jangkitan penyakit COVID-19 dalam kalangan pelajar serta kakitangan sekolah sepanjang sesi persekolahan.
ii) Meningkatkan kesedaran serta menerapkan tabiat ‘norma baharu’ dalam kalangan pelajar serta kakitangan sekolah bagi memerangi wabak COVID-19.

‘Handwashing Kiosk’ ini dibina di dalam kawasan sekolah yang menempatkan sinki, paip air dan tempat meletak sabun bagi mencuci tangan. Kiosk tersebut diletakkan di kawasan hadapan atau berdekatan laluan masuk pelajar mengikut panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM. Semua pelajar perlu diambil suhu dan membasuh tangan dahulu sebelum memasuki kawasan sekolah. Kiosk ini juga mempunyai ruang khas untuk meletakkan poster-poster berkaitan langkah-langkah penjagaan kebersihan serta kesihatan.

Untuk memastikan kesiapsediaan projek ini, MERCY Malaysia telah bekerja rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia serta sekolah-sekolah yang terpilih. Antara kriteria yang telah ditetapkan dalam pemilihan sekolah-sekolah bagi projek ini termasuklah sekolah yang berada di dalam daerah dengan jumlah jangkitan COVID-19 yang tinggi serta mempunyai jumlah pelajar yang ramai.

Sebanyak tiga puluh dua (32) daripada 100 buah sekolah di dalam Malaysia telah dikenalpasti untuk fasa pertama projek ini dengan projek  perintis dibangunkan di SMK Seri Iskandar, Perak.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut