SABAH ALU-ALUKAN PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN DENGAN PEMATUHAN SYARAT DAN PERUNDANGAN – HAJIJI

KOTA KINABALU (24 April): Sekiranya hasil cari gali menunjukkan potensi untuk perlombongan yang meyakinkan, Kerajaan Negeri mengalu-alukan pembangunan perlombongan dengan pematuhan syarat-syarat dan perundangan yang sedang berkuatkuasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata ketika ini terdapat sebanyak 27 lesen mencari gali yang aktif di seluruh negeri ini.

“Ini adalah kerana pembangunan mineral mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri melalui kutipan royalti yang dikenakan dan meningkatkan peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur di daerah-daerah terlibat,” katanya pada jawapan lisan di Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang Ke-16, semalam.

Beliau menjawab soalan (Datuk Dr Yusof Yacob-ADUN Sindumin) mengenai status terkini perancangan kerajaan untuk membuka industri perlombongan mineral dan arang batu di Sabah dan apakah unjuran ‘spin of economic’ dari industri perlombingan ini.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …