MCMC DIARAH KESAN DAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGGUNA TIKTOK SEBAR VIDEO BERBAUR FITNAH

MCMC DIARAH KESAN DAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGGUNA TIKTOK SEBAR VIDEO BERBAUR FITNAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun TikTok @janggut_putih yang dipercayai memuat naik kandungan video berbaur fitnah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata video lama pada 2019 itu dimuat naik individu berkenaan, dipercayai dengan sengaja untuk menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat.

“Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam respons kepada aduan seorang pengguna aplikasi X yang antara lain meminta Menteri Komunikasi itu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Tiktok terlibat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …