ZON BEBAS KENDERAAN AIDILFITRI BAWA LIMPAHAN REZEKI

Banda Hilir – Kemeriahan suasana di kawasan pelancongan utama Negeri Melaka pada Aidilfitri ini membawa limpahan rezeki kepada ramai pihak.

Walaupun beberapa kawasan di Banda Bilir ditutup bagi inisiatif Zon Bebas Kenderaan, ia tidak sedikitpun mengurangkan kehadiran pengunjung dan pelancong ke kawasan tumpuan itu.

Tinjauan Melaka Hari Ini pada hari raya keempat mendapati kawasan tersebut dibanjiri pelancong luar negara khususnya dari China yang mengambil kesempatan bercuti ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Bahkan, tidak ketinggalan, pengunjung tempatan daripada pelbagai kaum turut mengambil kesempatan bergambar Outfit Of The Day (OOTD) di sekitar Bangunan Stadthuys dan Air Pancut Ratu Victoria.

Senario itu dilihat bukan sahaja memberi limpahan ekonomi kepada peniaga bahkan kepada pengayuh beca yang sentiasa bersedia untuk memberikan membawa pelancong dan pengunjung bersiar-siar.

Menurut seorang pengayuh beca, Mohd Mohd Shah, 35, dia menyifatkan kebanjirN pelancong dan pengunjung ke Melaka sebagai satu petanda positif buat industri pelancongan.

“Alhamdulillah, memasuki raya ketiga dan keempat kita melihat peningkatan pelancong yang masuk ke Banda Hilir.

“Selain peniaga sekitar terima limpahan ekonomi, kami pengayuh juga mendapat tempias. Ramai juga yang mahu naik beca kerana ia merupakan produk ikonik Melaka, namun, ada juga yang mahu bergambar sahaja.

“Walaupun belum di tahap meriah seperti tahun-tahun sebelum ini, namun perkara baharu seumpama ini (Zon Bebas Kenderaan) perlu mengambil masa dan saya percaya ia akan memberi manfaat kepada semua golongan,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memaklumkan penutupan jalan di kawasan Zon Bebas Kenderaan pada musim perayaan Aidilfitri akan dilanjutkan.

Ia bertujuan untuk memberi limpahan ekonomi berganda kepada peniaga dan semua yang terlibat di kawasan berkenaan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut