PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi menyantuni anggota-anggota Rejimen 514 Askar Wataniah melalui Program Kacau Bubur Lambuk bersama Agensi Keselamatan Negeri Melaka.

Program berkonsepkan gotong – royong ini bukan sahaja untuk meneruskan tradisi tahunan pada bulan Ramadan tetapi secara tidak langsung turut mengeratkan hubungan sesama anggota.

Turut hadir bagi mengedarkan bubur lambuk adalah Timbalan Komander Rejimen 514 AW, Lt Kol Mohd Dhany bin Mohd Nor. Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada pegawai dan anggota AW, warga pendidik SK Bukit Beruang dan ahli jemaah Masjid Tun Syed Ahmad Al- Haj, Bukit Beruang.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNNegeriMelaka #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut