TIGA ANGGOTA PENGUATKUASA DISYAKI TERIMA SUAPAN

TIGA ANGGOTA PENGUATKUASA DISYAKI TERIMA SUAPAN
LABUAN, 18 Mac 2024 – Tiga anggota penguatkuasa agensi kerajaan mengaku tidak bersalah atas kesalahan rasuah di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Labuan.
Seorang anggota penguatkuasa tersebut dikatakan telah cuba memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM500 daripada orang awam sebagai suatu dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan telah melanggar syarat sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP).
Sementara itu, dua anggota penguatkuasa dikatakan telah secara rasuah menyetuju terima untuk diri mereka wang tunai berjumlah RM1,500 daripada orang awam sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Hakim Yang Arif Tuan Jason Juga, membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan deposit RM2,000 pasport dengan seorang penjamin warganegara Malaysia.
Ketiga-tiga tertuduh diperintahkan melapor diri ke SPRM terdekat dua bulan sekali dan menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Hakim menetapkan 17 Mei 2024 untuk sebutan semula kes.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …