BEKALAN AIR DI MELAKA CUKUP SEHINGGA OGOS

AYER KEROH 18 Mac – Kerajaan Negeri Melaka memberi jaminan tiada gangguan bekalan air akan berlaku sempena Hari Raya Aidilfitri untuk kegunaan industri dan domestik. Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata berdasarkan pada paras takungan semasa di tiga empangan utama di negeri ini, kapasiti air masih lagi mencukupi.

Katanya, bekalan air di Melaka masih mampu bertahan sehingga Ogos depan, meskipun jika tiada hujan sepanjang musim panas ketika ini. “Sehingga 17 Mac, paras air di Empangan Asahan ialah 94.4 peratus; Empangan Jus di paras 96.1 peratus manakala Empangan Durian Tunggal pula merekodkan 80.2 peratus. Kita juga mempunyai pelan kecemasan dan telah mula mengepam air dari kolam takungan ke empangan yang menjadi alternatif seperti di Kolam Takungan Tasik Ayer Keroh, Kolam Takungan Chin Chin, Sungai Kesang, Rumah Pam Tebong, Rumah Pam Merlimau, Rumah Pam Gadek dan beberapa lagi. Air akan mula dipam ke Empangan Durian Tunggal jika berlakunya pengurangan mendadak di empangan terbabit, namun setakat ini Alhamdulillah keadaan paras air masih terkawal.

“Insya-Allah, jika berdasarkan kepada rekod paras air itu, Melaka mungkin tiada gangguan air pada Hari Raya ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk untuk tidak khuatir terhadap isu bekalan air meskipun dilaporkan cuaca panas dijangka akan berlarutan.Walau bagaimanapun beliau berharap pengguna melakukan penjimatan air bagi memastikan bekalan air mampu bertahan untuk jangka panjang.

“Sekiranya tiada hujan dalam masa terdekat, kita juga akan ambil langkah melaksanakan pembenihan awan untuk meningkatkan semula paras air di empangan yang semakin berkurang.

“Kita juga berharap sekiranya ternampak mana-mana kawasan berlakunya paip pecah, paip bocor atau sebagainya, orang ramai diminta untuk maklum kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) secepat mungkin,” katanya.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut