KUNJUNGAN HORMAT PIHAK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI SABAH KE ATAS PENGARAH KESELAMATAN NEGERI SABAH PADA 1 MAC 2024

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat dari pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah ke atas Pengarah Keselamatan Negeri Sabah pada 1 Mac 2024 yang lalu.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs Tuan Farhan Sufyan Bin Borhan, Timbalan Pengarah JBPM Sabah bersama pegawai-pegawai kanan. Kunjungan ini bertujuan memaklumkan status semasa isu-isu berkaitan tugas kebombaan selanjutnya membincangkan kolaborasi Program Kempen Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Komuniti Dan Pelancaran Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) yang akan berlangsung pada 9 Mac 2024 di antara MKN Sabah dan JBPM Sabah.

Adalah diharapkan kolaborasi berterusan di antara MKN Negeri Sabah bersama agensi strategik di Negeri Sabah dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran dan mencapai objektif program yang ditetapkan.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Artikel/Berita Terkini

OPS TEGAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Klinik Pergigian …

AWAS! PENIPUAN E-BELIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) AWAS! PENIPUAN …