TERUS PERTAHAN KEUNIKAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT SABAH

INANAM (3 Mac): Rakyat di negeri ini perlu memastikan keunikan dan perbezaan yang ada dalam kalangan masyarakat serta etnik di Sabah terus dipertahankan.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia juga bagi memastikan perpaduan yang sedia ada dalam kalangan rakyat terus diamalkan.

“Sabah ini unik, kita meraikan perbezaan dalam kalangan rakyat dan perbezaan itu bukan satu halangan untuk kita teruskan perpaduan yang ada.  Kita harus pastikan perbezaan itu tidak menjadi halangan untuk kita mengamalkan perpaduan yang sedia ada.

“Saya boleh mengatakan dan telah berkali-kali menyatakan, jika ada yang bertanya atau memilih dimana orang paling terbaik di Malaysia, orang yang terbaik adalah yang tinggal di Sabah, kita adalah orang-orang Malaysia yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam di Dewan Masyarakat Manggatal di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Roland Chia.

Masidi berkata, rakyat Sabah juga diingatkan untuk tidak terpengaruh dnegan anasir luar yang boleh membawa kepada perbalahan mahupun merencatkan pembangunan negeri ini.

“Sepatutnya kita tumpukan perhatian kepada pembangunan negeri selain membantu memperbaiki ekonomi negara kita.  Itu menjadi cabaran utama kita dan bukan bercakaran, bergaduh yang tidak membawa faedah kepada negeri.

“Saya berani mengatakan kita mempunyai 99 peratus persamaan, barangkali satu peratus sahaja perbezaan.  Kadang-kadang ada orang menggunakan 99 peratus masanya bercakap pasal perbezaan dan satu peratus sahaja mengenai persamaan.

“Orang Sabah harus jadi peneraju perkara ini, kita harus berani buat pendirian sendiri, kita tidak mahu terbawa anasir luar ke sini,” katanya

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut