JUALAN AGRO MADANI BERI MANFAAT 62,000 PENGUNJUNG, 6,000 USAHAWAN

KUANTAN – Lebih 62,000 pengunjung dan 6,000 usahawan menerima manfaat melalui 362 Program Jualan Agro Madani (JAM) yang diadakan di negeri ini tahun lalu.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, berdasarkan sambutan diterima tahun lalu, Lembaga Pasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang menyasarkan 310 program JAM sehingga September tahun ini.

Menurutnya, sebanyak 70 lokasi di Pahang telah dilaksanakan program jualan itu setakat Februari.

“Semua program dan projek yang dilaksanakan FAMA menyasarkan usahawan dalam membantu rantaian pemasaran.

“Lebih daripada 3,666 usahawan di negeri ini didaftarkan di bawah FAMA sehingga tahun lalu bagi memenuhi program dan projek seperti pasar tani, industri asas tani, ladang kontrak, peruncitan, pemasaran digital (Agrobazaar Online) dan usahawan muda di bawah program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program JAM Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti Pertahanan Awam (CDERT) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang di sini pada Selasa.

Turut hadir Pengarah APM Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman dan Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga cuba untuk menyelaraskan beberapa inisiatif dan produk -produk usahawan yang boleh diketengahkan terutama hasil pertanian untuk pasaran eksport.

Sementara itu katanya, JAM CDERT APM Pahang merupakan satu bentuk kerjasama ‘luar kotak’ antara FAMA dan agensi keselamatan untuk bersama masyarakat melalui program tersebut.

“Setakat ini APM Pahang merupakan agensi keselamatan kedua di negeri ini yang terlibat dalam program jualan tersebut selain Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tahun lalu.

“Difahamkan, hampir 70 pegawai FAMA Pahang merupakan anggota CDERT APM,” jelasnya.

 

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …