PELANGGARAN BAHU PUNCA PERGADUHAN PEKERJA TEMPATAN DAN CHINA DI KKIP

KOTA KINABALU (27 Februari): Akibat ketidakpuasan hati pelanggaran bahu merupakan punca pergaduhan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, pergaduhan tersebut membabitkan antara seorang pekerja tempatan serta negara China ketika mereka beratur untuk membuat ‘Thumprint’ selepas tamat waktu bekerja.

Katanya, pertengkaran dan pergaduhan kedua-dua tersebut disertai oleh beberapa rakan dari kedua-dua pihak.

“Ada yang menggunakan kayu sebagai senjata, akibat pergaduan tersebut salah seorang pekerja tempatan mengalami kecederaan ringan dikedua-dua lutut.

“Bagaimanapun, pergaduan berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan dengan kerjasama beberapa pekerja kilang yang lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, polis berjaya membuat tangkapan terhadap empat pekerja tempatan serta lima pekerja China untuk membantu siasatan mengikut seksyen 148 kanun keseksaan.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …