JADT POTONG 45 SAMBUNGAN AIR HARAM DI BATU 4 JALAN APAS

RAMPAS: Pasukan operasi merampas paip air yang disyaki digunakan untuk penyambungan haram.

 

TAWAU: Jabatan Air Daerah Tawau (JADT) mengesan sebanyak 45 sambungan air secara haram dalam operasi pemotongan di kawasan Batu 4 Jalan Apas, di sini semalam.

Jurutera Air Daerah Tawau, Abdul Halim Ag Marali berkata, pihaknya menerima maklumat awam dan risikan mengenai sambungan haram di kawasan berkenaan.

Katanya, JADT Tawau dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bertindak menjalankan operasi pemotongan di sekitar kawasan itu.

“Hasil siasatan mendapati berlaku 45 sambungan haram dari paip utama yang berada di bawah jambatan di hadapan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Tawau.

“Sambungan haram berkenaan dipercayai telah disalurkan kepada lebih 150 rumah di kawasan setinggan di Kampung Kurnia Jaya dan Kampung Air Batu 4,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, operasi pemotongan itu dijalankan oleh pihak kontraktor dan dipantau oleh anggota penguatkuasa JADT Tawau bersama pasukan PDRM.

“Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan denda dan penjara mengikut Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003,” katanya.

HARAM: Kira-kira 45 sambungan paip air haram ditemukan di bawah jambatan Batu 4 Jalan Apas.

Abdul Halim berkata, masyarakat atau pengguna di daerah ini diminta supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam Enakmen Bekalan Air Nageri Sabah 2003.

Katanya, kegagalan mematuhi undang-undang berkenaan akan berdepan dengan tindakan denda yang berat sekiranya didapati bersalah.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan memaklumkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sekiranya terdapat sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air.

“Laporan dan maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Careline JANS di talian 088-326888,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …