PENYERTAAN MKN SABAH DALAM PROGRAM MOBILE COMMUNITY SERVICES (MCS) KG ALUTOK TENOM 17 FEBRUARI 2024

Pada 17 Februari 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah Kota Kinabalu sekali lagi berpeluang menyertai Program Mobile Community Services (MCS) yang diadakan di Kampung Alutok Tenom. Selain MKN Sabah,  ada beberapa agensi  kerajaan lain juga turut berpeluang menyertai Program (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi telah mendapat sambutan yang meriah dari penduduk setempat. Pihak MKN Sabah telah diberi amanah untuk menyampaikan taklimat berkaitan Dasar Keselamatan Negara (DKN) di samping melaksanakan aktiviti interaktif seperti kuiz bersama penduduk. Penyertaan MKN Sabah di platform ini dilihat sebagai wadah yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada golongan sasar khususnya di kawasan pedalaman.

Perjalanan sesi secara interaktif kendalian MKN Sabah ini mendapat sambutan daripada penduduk. Program berjalan dengan baik dan sambutan masyarakat sangat memberansangkan. MKN mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …