RUMAH TERBAKAR, ENAM SEKELUARGA TERJUN TINGKAP SELAMATKAN DIRI

Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Muhibbah Baru, Menggatal, Kota Kinabalu. FOTO JUWAN RIDUAN

Kota Kinabalu: Enam sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa terjun menerusi tingkap untuk menyelamatkan diri apabila rumah mereka terbakar di Kampung Muhibbah Baru, Menggatal, di sini, malam tadi.

Suliani Aidi, 28, berkata, ketika kejadian 9.50 malam itu, dia bersama suami dan anak perempuan berusia lapan tahun tidur di bilik rumahnya.

“Saya terjaga selepas terdengar letupan sebelum ibu dan dua ahli keluarga lain memberitahu rumah sebelah terbakar. Suami kemudian membuka pintu rumah lalu api marak dan pantas merebak di depan rumah.

“Suami cuba memadam api namun gagal sebelum kami terjun dari tingkap rumah setinggi tiga meter dari tanah untuk selamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber:  Harian Metro Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …