SHAH ALAM, 13 FEB: Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit dekat Kampung Tok Muda Kapar, Klang tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.56 petang dan menggerakkan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar.
Ketua Polis Selangor Datoβ Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Status terkini dan jumlah mangsa terlibat dalam nahas tersebut belum dapat dipastikan.