IMIGRESEN SABAH HANTAR PULANG 1,773 PENDATANG WARGA FILIPINA TAHUN INI

SANDAKAN (7 Februari): Seramai 278 pendatang tanpa izin warga Filipina dihantar pulang ke negara mereka hari ini, menjadikan 1,773 pendatang dari negara berkenaan dihantar pulang tahun ini sama ada melalui laut mahupun udara.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.

“Tahanan yang terlibat pada kali ini adalah tahanan warga Filipina dari Depot Imigresen Sandakan seramai 121 orang dan Depot Imigresen Papar seramai 157 orang.

“Mereka dihantar pulang dengan pengangkutan laut (feri) dari Pelabuhan Sandakan petang ini,” katanya kepada pemberita semasa operasi penghantaran pulang itu di pelabuhan berkenaan di sini hari ini.

Menurut SH Sitti Saleha kumpulan yang dihantar pulang kali ini melibatkan 159 lelaki, 79 wanita dan 40 kanak-kanak.

Mengenai penghantaran pulang pendatang dari Indonesia, beliau memahami negara itu akan menghadapi Pemilihan Umum Presiden pada bulan ini, namun berharap pihak kedutaan Indonesia terus memberi kerjasama dalam pengeluaran dokumen perjalanan bagi warganya yang masih ditahan di Sabah iaitu seramai 757 orang.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut